Petang hari jumaat tu,abang-abang and kakak-kakak FC ada buat explorace..explorace ini kiteorang kena baca surah al-Fatihah,rukun ketika wuduk,baca doa selepas wuduk,mengira and baca doa qunut..boleh tahan penat jugak la sebab kena lari sana sini..dah la time tu ika puasa..tapi apa nak buat,itu baru ujian yang sikit Allah turunkan dekat ika..tak akan la ika nak merungut pulak kan..
Waktu malam-aktiviti yang yang dijalankan ialah solat maghrib dan isyak secara berjemaah dan membaca surah Yassin..Slot seterusnya ialah motivasi muhasabah diri..ustaz yang beri ceramah memang suka buat lawak sampai tak kering gusi and terlalu sporting..walaupon ustaz tu banyak buat lawak dalam menyampaikan ceramah beliau,namun ada mesej tersirat di sebalik ceramah itu..lepas tu,saat-saat yang ditunggu telah pun tiba..saat untuk membuatkan semua peserta-peserta kem menangis!!!Masa tu,ustaz suruh kitaorang pejamkan mata and bayangkan pemandangan dihadapan semuanya putih..lepas tu,utaz ada la bagi arahan,suruh kitaorang berimaginasi sikit..kita malas nak tulis panjang-panjang..so,kita buat plot story je la..hehe...ustaz tu suruh kitaorang bayangkan seandainya kedua ibu bapa kitaorang meninggal dunia..sempat tak kitaorang meminta maaf kepada mereka terutama sekali sekiranya kitaorang ini anak durhaka??lepas tu apa lagi..meraung la budak perempuan bile ustaz suruh bayangkan..time tu memang la ika menangis..bile dah dengar ada yang menjerit panggil nama mak and meraung..ika terus tak ada mood nak nangis sebab dah hilang fokus..ishhh sabar jer la..huhu...
Pagi hari sabtu-kitaorang diberi ceramah mengenai Nasihat Imam Al-Ghazali,Punca Lemah Ingatan and Kuat Ingatan..ceramah nie disampaikan oleh Imam Muda Azhar Ghazali..perghhhh ustaz tu memang hensome!!!ustaz tu ada bercerita mengenai kehidupan beliau sebelum menjadi Imam Muda dan selepas menjadi Imam Muda..banyak jugak la beliau bercerita mengenai kehidupannya..tapi apa kan daya,ustaz Azhar terpaksa habiskan ceramah beliau dengan kadar yang segera sebab beliau kena bergegas ke Airport untuk terbanggg ke Indonesia untuk menghabiskan 3 episod terakir dokumentari..dokumentari ini akan disiarkan di Astro Pelangi sepanjang bulan Ramadhan..
No comments:
Post a Comment