It's the right time for me to independent..aku tengah terpikir untuk mengambil lesen kereta dan motor..tak tahu nak ambil lesen kat kampung atau kat KL..mak aku cakap,better ambil lesen kat kampung sebab senang..ada orang yang nak datang ambil..tapi sebaliknya pula terjadi..aku tak sepatutnya mengharap kasih orang yang tiada ikatan kekeluargaan dengan aku..aku termimpi di siang hari...
sama juga apabila aku meminta bantuan orang lain untuk menemami aku ke kedai..apabila orang tu tak ikhlas,kite mesti tak selesa untuk membeli..setelah membeli dan sampai semula ke rumah,die memandang tajam ke arah kite..seolah2 die marah kerana telah menyusahkan dirinya..kadang kala aku cuba memahami situasi die,namun setiap kali aku cuba memahami,setiap kali itulah aku menemui jalan kebuntuan.
apabila aku mengalami kesusahan,pasti orang itu akan bertanyakan kepada aku perihal masalah yang sedang aku hadapi..tapi apabila die berada dalam kesusahan,tiba giliran aku untuk bertanyakan kepada die perihal masalah yang sedang dihadapinya..tapi apa yang aku dapat hanyalah sebuah jelingan yang mengambarkan segala2nya iaitu BUDAK PENYIBUK!!aku berasa begitu terhina sekali dan aku selalu memujuk diri sendiri dengan menyatakan bahawa die tengah stress!!
sekarang,aku telah tamat sesi persekolahan sekolah menengah..sekarang nie aku ada banyak masa untuk dihabiskan sebab aku dapat PLKN sesi kedua atau ketiga..aku tengah berfikir untuk bekerja..sekarang aku tengah terfikir sama ada hendak bekerja part time @ full time..aku rase nak kerja kat KFC belakang Aeon Big..kalau habis kerja malam,terpaksala aku balik malam,aku takut nak balik malam..kalau siang tak ape jugak sebab ramai orang yang gunakan pengangkutan awam...nie malam...memang tak la kan!!
aku rase dah tiba masanya untuk aku buat kerja tanpa meminta bantuan orang lain selain mak aku..mak aku selalu memahami aku,selalu bantu aku dalam kesusahan,selalu bagi nasihat kat aku dan selalu beri motivasi kepada aku...mak aku sentiasa ingin melakukan yang terbaik untuk diri aku... :'(
No comments:
Post a Comment